My Name

Sunday 14 August 2011

SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN


   Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW sedang duduk bersama sahabat. kemudian datang seorang pemuda arab ke dalam masjid dengan menangis . Apabila Rasullullah SAW melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai pemuda kenapa kamu menangis ? " Pemuda itu menjawab, " ya Rasulullah, ayahku telah meninggal dunia, tidak ada kain kafan dan tidak ada pula orang yang hendak memandikan dia "


   Rasulullah SAW memerintah Abu Bakardan Umaruntuk mengikuti pemuda tersebut untuk menyelesaikan masaalahnya . setelah sampai ke rumah pemuda tersebut maka Abu Bakar danUmar telah mendapati ayah pemuda tersebut telah bertukar wajah menjadi  BABI HUTAN YANG HITAM .Mereka segera berjumpa rasulullah SAW untuk memaklumkan perkara tersebut .


    Rasulullah SAW  telah pergi dengan para sahabat ke rumah tersebut dan baginda berdoa kepada allah, lalu jenzah itu bertukar menjadi seperti sedia kala . Rasulullah dengan segera menguruskan jenazah itu dan apabila hendak dikebumikan maka sekali lagi mayat itu berubah  menjadi BABI HUTAN YANG HITAM.

     Rasulullah bertanya kepada pemuda itu mengenai ayahnya, "Sebenarnya ayahku tidak mahu mengerjakan solat."

     Rasulullah bersabda ,"Wahai para sahabatku! Lihatlah keadaanorang yang meninggalkan sembahyang. Di hari khiamat nanati  akan dibangkitkan oleh Allah seperti BABI HUTAN YANG HITAM."