My Name

Sunday 3 April 2011

To My Friends

      Thank you my freinds. semoga berjaya di dunia dan di akhirat. Saya minta maaf kalau ada buat salah. Tolong jangan lupakan saya. Teruskan hidup dengan kebahagiaan dan berjaya. Semoga kawan -kawan mencapai cita -cita.

Saturday 2 April 2011

Nabi Musa hendak mengikut Nabi Kidr




Asalammualaikum kawan-kawan saya akan menceritakan sebuah cerita yang bertajuk : Nabi Musa yang hendak mengikut Nabi Kidr. Saya mulakan dengan bacaan BISMILLAH. 

Kisahnya begini. Pada zaman dahulu, terdapat 2 orang Nabi yang bernama NABI KIDR dan NABI MUSA. Pada suatu hari, NABI MUSA bertemu dengan NABI KIDR . NABI MUSA berkata,

"Bolehkah saya mengikut kamu agar aku dapat pelajari ilmu yg ada padamu (petunjuk), wahai Nabi Kidr?" 

NABI KIDR pula berkata, 

"Tetapi kamu tidak akan sanggup bertahan jika kamu mengkutku." 

Nabi musa berkata, 

"Bagaimanakah kalau aku boleh bersabar denganmu?" 

Nabi Musa berkata lagi, 

"INSYAALLAH, aku akan sabar denganmu." 

Maka mereka pun berjalan-jalan lalu menaiki sebuah perahu. Ketika di atas perahu, tiba-tiba Nabi Kidr melubangkan perahu tersebut. Nabi Musa bertanya, 

"Mengapakah kamu melubangkan perahu itu?" 

"Aku sudah kata kamu tak boleh sabar dengan ku." kata Nabi Kidr terhadap Nabi Musa.

Kemudian mereka pun turun dari perahu itu lalu sambung perjalanan mereka. Ketika berjalan, Nabi Kidr dan Nabi Musa ternampak seorang anak muda .Tiba-tiba Nabi Kidr membunuh anak muda itu .Nabi Musa bertanya kepada Nabi Kidr,

"Mengapa kamu bunuh anak muda tu sedangkan dia tidak melakukan apa-apa kesalahan?" 

Nabi Kidr menjawab, "Lihat, kamu tidak boleh sabar denganku."

Nabi Musa lalu berkata,

"Maafkan saya. Tetapi tolonglah izinkan saya mengikutmu lagi. Jika selepas ini saya bertanya kepada kamu tentang sesuatu benda, kamu berhak untuk tidak membenarkan aku mengikutmu."

Nabi Kidr bersetuju dengan perjanjian mereka lalu meneruskan perjalanannya bersama Nabi Musa. Akhirnya mereka tiba di sebuah perkampungan. Di perkampungan itu terdapat dinding rumah yang hampir roboh. Nabi Kidr lalu menegakkan dinding rumah itu. Lalu Nabi Musa bertanya,

"Mengapakan kamu menegakkan dinding rumah yang hampir roboh itu?"

Nabi Kidr lalu berkata, "Setakat ini sahajalah perjalanan kita."

Lalu Nabi Kidr menceritakan kembali apa yang dilakukannya. Dia ceritakan ketika mereka menaiki perahu, dia melubangkan perahu itu kerana perahu itu akan ke tempat Israil. Kalau perahu itu cantik orang-orang Yahudi itu akan mengambil perahu itu. Nabi Kdr membunuh anak muda itu kerana anak muda itu akan keluar dari islam dan dia akan menyuruh ibu dan bapanya keluar dari Islam juga. Kalau ibu dan bapanya tidak mahu, dia akan membunuh ibu dan bapanya. Nabi Kidr juga telah menegakkan dinding rumah yang hampir roboh itu kerana rumah itu mlik 2 orang anak yatim di kota itu dan dibawahnya terdapat harta untuk mereka berdua.

Kisah ini ada diceritakan dalam surah Al-Kahfi bermula ayat ke 60.




Sekian terima kasih. jazakumullah.

Assalamualaikum wbt.


Nama saya Hamizah binti Zulkifli. Saya lahir pada 11 November 2001. Saya anak kelapan daripada sembilan adik-beradik. Tujuan saya buat blog ini untuk berkongsi kisah-kisah teladan dan kisah hidup saya. Saya berharap kawan-kawan suka membaca kisah perkongsian dari saya. Terma kasih juga saya ucapkan kepada kawan-kawan yang sudi membaca kisah-kisah dari saya.